Tuesday, June 24, 2008

BN Sabah, Sarawak ikrar sokong Abdullah (Rubbish)



KUALA LUMPUR 19 Jun – Para pemimpin daripada pelbagai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili masyarakat Sabah dan Sarawak hari ini berikrar akan terus setia bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemimpin terlibat berkata, mereka juga akan bersatu menangkis segala usaha parti pembangkang sekiranya mempunyai rancangan untuk memecahbelahkan BN.

Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Datuk Dr. Makin Marcus Mojigoh berkata, walaupun terdapat rancangan untuk mencabar Perdana Menteri, tetapi parti itu akan terus mempertahankan Abdullah.

Menurut beliau, hampir separuh pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP) juga tidak bersetuju dengan keputusan Presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

‘‘Ini satu keputusan yang tidak beretika. Kita mahu tahu apakah ini pendirian parti atau presidennya. Apa sebenarnya yang berlaku dalam SAPP.

‘‘Apapun terjadi, UPKO akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan juga Pengerusi BN,’’ katanya ketika ditemui di Menara Dato’ Onn selepas menghadiri mesyuarat tergempar Dewan Tertinggi BN di sini hari ini.

Dalam pada itu, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata, sokongan terhadap Perdana Menteri perlu diperkuatkan lagi dan ia amat penting untuk pentadbiran beliau.

‘‘Rakyat sudah tentukan kerajaan. Demi kestabilan politik negara, kita akan bersatu hati dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri,’’ ujarnya.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, (PBB) Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, tindakan Teck Lee itu tidak akan mengugat BN dan juga kedudukan Perdana Menteri.

‘‘Tindakan Teck Lee itu tidak boleh diterima sama sekali oleh parti komponen BN. Perdana Menteri memberi peluang kepada semua pihak untuk bersuara tetapi kebebasan itu tidak boleh disalah guna,’’ ujarnya.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup berkata, Perdana Menteri ketika ini memerlukan sokongan rakan-rakan dari parti komponen BN dan bukannya tekanan.

‘‘Selaku rakan dalam BN, kita akan terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri. Saya juga amat sedih dengan tindakan Teck Lee,’’ katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata, pihaknya juga akan terus berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.

‘‘Jika ada usul menyokong Perdana Menteri, kita akan sokong tetapi jika ada usul tidak percaya terhadap kepimpinannya Abdullah maka kita akan membantah,” katanya.

DIpetik dari www.utusan.com.my

1 comment:

Anonymous said...

what can i say? all news in the nwespaper have been manipulated... the fact is there are a lot of BN's MP who disagree wif current ledership..WE must change our leadershp no matter what to save our beloved nation..but to be honest we can't handover our premiership to the opposition parties bcoz i don't think so it will be good for our national economics performance..my concern is towards radical changes in BN and I hope all MP can play their role to make sure pak lah and his cronies pull aside from their current position..neverthless, I hope there will be a light at the end of the tunnel..let us save our nation together..