Tuesday, June 24, 2008

नगर रुगी रम १००,००० )बिल्लिओं अकिबत rasuah

Sejak tahun 80an negara telah rugi sebanyak RM 100 billion akibat rasuah yang berleluasa. Korang cuba bayangkan berapa banyakkah jumlah nilai ini? Bentuk bentuk pembangunan yang ada sekarang cumalah secuit dari jumlah wang yang dikeluarkan.

Kerajaan cuba sembunyi kerugian sebenar akibat rasuah?
SK - Taksiran jumlah kerugian negara akibat gejala rasuah yang dijawabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz pada sesi soal jawab lisan bercanggah dengan jumlah yang diperolehi Pakatan Rakyat melalui laporan yang dikeluarkan Morgan Stanley.

Berdasarkan laporan Morgan Stanley, sebuah dana syarikat antarabangsa terkemuka menyatakan bahawa sejak 80-an hingga kini, jumlah kerugian yang membabitkan amalan rasuah di Malaysia adalah sebanyak USD100 billion. Angka ini bercanggahan dengan jumlah yang dijelaskan menteri berkenaan yang melibatkan kerugian hanya RM270 juta.

Lantaran fakta yang dikemukakan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dalam soalan tambahannya kepada menteri berkenaan, Nazri sebaliknya hanya meminta agar pihak Morgan Stanley memaklum dan mengemukakan perkara tersebut kepada pihak kerajaan..... selanjutnya.

Kita tak terasa kerana selama ini kita asyik di tipu. Hakikatnya .... Memang senang nak tipu orang Malaysia ni.

Labels: Rasuah Malaysia

2 comments:

Syed.Nazmi said...

bila sebut pasal rasuah aku teringat balit zaman aku keja dengan developer.. ish ish susah nak padah nak ngelak dari molah keja sik berfaedah tok takut kelak aku kenak buang keja.. so bila bab rasuah tok sensitiflah.. ada sesetengah orang kita tok sik mok nerimak rasuah tapilahsebab terpaksa sikda pilihan. terpaksa nerimak rasuah, termasuklah skali berik rasuah.. wargh .... mun nak dilihatlah jabatan yang kuat makan benda sik halal tok biasanya jabtan tanah ish ish.. hanya tuhan jak tauk.. mun sapa ada pengalaman kena berik rasuah ataupun pengalaman menerimak rasuah jangan segan... berilah cerita pengalaman anda..

Anonymous said...

Kerna duit, manusia hilang arah..
Kerna duit, manusia hilang tujuan,
Kerna duit, manusia hilang matlamat,
Kerna duit, manusia hilang pertimbangan..
Sehingga ada yang alpa akan hidup ini hanya sementara..
Mereka lupa pada Yang Maha Agung,
Lupa pada segala kehendak hidup..
Hanya semata kerna ringgit yang tak berharga...